Rabu, 7 April 2010

Pameran Kampus Astro

Pameran Kampus Astro
Tarikh : 07 April 2010
Tempat : Tapak Perhimpunan Sk Bukit Kalam

Murid-murid prasekolah diberikan penerangan oleh kakitangan ASTRO berkenaan program-program yang bersesuaian dengan murid prasekolah untuk ditontoni semasa di rumah.

Terima kasih kepada pihak ASTRO kerana sudi berkunjung ke sekolah kami..

Sabtu, 3 April 2010

Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK)
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Di W.P Labuan
Tarikh : 18 - 19 Februari 2010

Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia :

  1. En. Shamsudin Jamil
  2. En. Zamzaitul Akmal Hisyam Ahmad


Pemantauan berkisar kepada :

  1. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semasa P&P dijalankan di dalam kelas maupun di luar kelas
  2. Jadual waktu guru selaras dengan KSPK
  3. Aspek fizikal di dalam Kelas Prasekolah
  4. Rekod perkembangan murid prasekolah
  5. Kerjasama pihak pentadbir sekolah dalam menjayakan KSPK
  6. Pemantapan hubungan sekolah dengan Pemuafakatan Waris Murid (taklimat / mesyuarat antara pihak pentadbir dan ibu bapa berkenaan KSPK)

Jumaat, 2 April 2010

Pelancaran Kaedah P&P Prasekolah Berasaskan Alam Semulajadi


Majlis Pelancaran kaedah P&P Prasekolah Berasaskan Alam Semulajadi (Nature Learning Kindergarten)
Tarikh : 08 Mac 2010
Tempat : Taman Pertanian Kg Kilan W.P Labuan
Disempurnakan oleh : En. Mohammad Zaki Mohd Yusoff (Pengarah Pelajaran W.P Labuan) wakil kepada Ahli Parlimen W.P Labuan
SK Bukit Kalam telah diberi penghormatan untuk melaksanakan pelancaran aktiviti P&P Alam Semulajadi.

Tetamu yang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua Sektor, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Prasekolah W.P Labuan

Sesi P&P dikendalikan oleh Pn. Norhazrinah Latif

Sebahagia dari Guru-Guru Prasekolah W.P Labuan